Khamis, 28 Jun 2012

Renungkan Sejenak,,,,,,,



"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",


"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",


"Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".


Jumaat, 22 Jun 2012

Terima Kasih.........


Segala puji-pujian ku panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala limpah rahmat dan inayah-Nya, aku hari ini menjadi diriku yang ku dambakan selama ini. Selawat dan salam ku kirimkan kepada Muhammad SAW insan mulia semesta alam. 

Umumnya, setiap manusia ingin hidup berpasangan mengikut acuan ALLAH iaitu melalui perkahwinan. Secara fitrah, wanita pasangannya lelaki manakala lelaki pasangannya wanita. Itulah hakikat kehendak makhluk yang bernama MANUSIA....Pertama & selamanya aku bersyukur kerana hari ini aku telah dianugerahkan seorang suami yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT kepada diriku ini. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang isteri yang tergalas dibahuku amanah dan tanggungkawab yang wajiib aku laksanakan..

Hari demi hari, saat demi saat aku telah belajar banyak perkara tentang dunia hidup berumahtangga. Tidak kusangka tidak kuduga rupa-rupanya hidup berkeluarga ini memberi satu nikmat yang tidak terhingga,,,,,, lantas kulafazkan "سبحان الله" dan "الحمد لله" .....

Dalam mengatur hidupku ini sebagai seorang isteri yang SOLEHAH, aku banyak berdoa kepada ALLAH SWT agar memberi petunjuk & pedoman kepada diriku yang serba dhoif ini. Sesungguhnya, aku amat menyanyangi ikatan suci ini daripada dilanda gelombang. Namun apakan daya, ujian demi ujian telah datang bertubi-tubi menyerang diriku sehingga aku pernah berputus asa dek kedahsyatan ujian dari ALLAH.
Akan tetapi, berkat usaha, doa & tawakalku kepada yang Maha Esa aku mampu mengharunginya sehingga ke saat ini. Benarlah FIRMAN ALLAH dalam al-Quran yang berbunyi "لا يكلف الله نفسا الا وسعه" - terjemahannya ; 'tidak aku bebankan sesuatu ujian kepada seseorang itu melainkan ujian itu berbentuk ujian yang mampu dia hadapi'---

Amin Ya Rabbal Alamin.....